Hospital, Puntianak, Toyol dan Hantu Penanggal.
Sekarang timbul balik geng anti vaksin, dan anti perubatan moden. Malahan ada geng anti beranak di hospital, katanya nak beranak kat rumah macam orang zaman dahulu lebih islamik, mak saya elok sahaja lahirkan 10 orang anak kat rumah, ciptaan Allah dah sempurna, tak perlu beranak cara yahudi, cukup beranak macam isteri Nabi, atau macam Mariam ibu Nabi Isa.
Lalu bila ada bayi yang mati akibat jangkitan kuman, atau bila ada si ibu yang mati waktu bersalin kat rumah: katanya itu semua takdir, kita orang islam kena terima takdir, semua orang akan mati, vaksin ke tak vaksin, berubat cara homeopathy atau moden, beranak kat hospital atau kat rumah, bila dah Allah takdir mati, maka mati jugak.
Bila saya bagi data, akan bagaimana kematian selepas vaksin yang berkurang selepas vaksin diperkenalkan, kadar kematian ibu dan bayi yang berkurang selepas rawatan moden diperkenalkan, mereka selamba tolak data dan berhujah cukup dengan guna pengalaman orang tua zaman dahulu.
Kata mereka, nenek saya dulu beranak kat rumah, ok jer!
Ok kata kau? Arwah nenek jiran saya cerita zaman dulu jangan keluar malam-malam nanti puntianak, Penanggal dan toyol datang kacau, saya ingat mereka bergurau, tapi mereka serius. Bila ‘black out’, orang tua tua akan duduk dekat lilin dan bercerita asal usul hantu.
Rupanya puntianak ni berasal dari perempuan yang mati waktu bersalin,
Penanggal ni pulak Hantu yang makan uri dan jilat darah perempuan lepas tumpah darah.
Toyol pula berasal dari mayat bayi yang juga mati waktu mak nya bersalin.
Tapi Alhamdulillah, sejak perubatan moden diperkenalkan, sejak Doktor moden ganti bidan diperkenalkan, sejak vaksin di perkenalkan, kematian ibu dan bayi sewaktu bersalin sangat sedikit. Subhanallah!
Patutlah zaman sekarang, puntianak, penanggal dan toyol susah nak jumpa.
Woha!
Ps: Tak salah nak beranak kat rumah, tapi biarlah ada pakar kelahiran yang mengendalikannya. tolong jangan kembalikan zaman puntianak, toyol dan penanggal berleluasa. Ini serius!